Friday 24 February 2012

Tengku Razaleigh Hamzah


Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah (lahir: 13 April 1937; juga dipanggil Ku Li) merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank). Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.

Beliau merupakan Bekas Naib Presiden dan Bendahari UMNO dalam tahun 1970-an. Dalam tahun 1988, setelah permohonan beliau ditolak untuk menyertai sebagai ahli UMNO semula, Tunku Abdul Rahman telah meminta beliau menubuhkan Semangat 46 sebagai satu platform untuk ahli-ahli UMNO Lama juga ditolak permohonan mereka. Beliau telah menjadi Presiden Semangat 46 sehingga ianya dibubarkan pada 1996. Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen Gua Musang, Kelantan. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang. Beliau kini ahli yang paling lama berkhidmat parlimen di Malaysia diikuti oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tengku Razaleigh merupakan putera Raja dari Keluarga Diraja Kelantan dan juga merupakan bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis dan dikhabarkan Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra ‘membahasakan’ Tengku Razaleigh dengan panggilan ‘Ayahanda’.


Isi kandungan


* 1 Kehidupan awal
* 2 Penglibatan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia
o 2.1 New Straits Times Press
o 2.2 PERNAS
+ 2.2.1 Delegasi Perdagangan Pertama ke China
o 2.3 Petronas
* 3 Kerjaya politik
* 4 Penubuhan kerajaan 16 September
* 5 Royalti minyak Kelantan
* 6 Angkatan Amanah Merdeka
* 7 Pilihan raya
* 8 Garis masa
o 8.1 Politik
o 8.2 Korporat
* 9 Lihat juga
o 9.1 Alamat
* 10 Rujukan
* 11 Pautan luar

Kehidupan awal

Dilahirkan kepada Tengku Hamzah bin Raja Muda Long Zainal Abidin Ibni Sultan Muhammad III yang lebih dikenali sebagai Tengku Serimah ataupun Tengku Seri Maharaja, Tengku Razaleigh mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Padang Garong, dan kemudiannya di Kolej Sultan Ismail (SIC) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya dalam bidang undang-undang di Lincoln Inn, London. Tetapi hasratnya untuk menjadi peguam terbantut apabila bapanya sakit dan beliau terpaksa menguruskan perniagaan bapanya. Pada tahun 1959, Tengku Razaleigh mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Queen, Ireland. Cik Puan Noor Abdullah merupakan isteri Tengku Razaleigh.
[sunting] Penglibatan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia

Bermula dari pertengahan tahun 1960-an, dengan sokongan dari Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, beberapa usaha untuk meningkat pembangunan negara telah diterajui oleh Tengku Razaleigh secara langsung dan tidak langsung. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilancarkan ialah program pengambilan semula di dalam industri-industri tempatan yang masih dipegang oleh pihak-pihak dari luar negara.
New Straits Times Press

The New Straits Times Press (nama asalnya News Straits Times Press Sdn Bhd) telah ditubuhkan oleh ahli-ahli lembaga Pengarah Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Ia merupakan satu usaha untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia untuk mempunyai pegangan majoriti di dalam syarikat di Malaysia yang mengeluarkan keluaran akhbar yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Semua operasi yang berhubung kait "the Straits Times", "the Sunday Times", "the Malay Mail", "the Sunday Mail", Berita Harian dan Berita Minggu telah dipindah milik kepada syarikat yang baru ditubuhkan tersebut. Satu perjanjian telah dipersetujui dalam tahun 1972 di antara ahli-ahli lembaga pengarah dari the Straits Times group dengan Tengku Razaleigh Hamzah mengenai pertukaran milik sebanyak 80 peratus dari jumlah saham "the News Straits Times Press (Malaysia) Sdn. Bhd." untuk kepentingan rakyat Malaysia.
PERNAS

PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad) ditubuhkan pada November 1969 sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk memenuhi hasrat resolusi di Kongres Ekonomi Bumiputera yang ke 2. Antara pemegang-pemegang saham terbesar adalah Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad. Pernas telah bergerak padu dan jitu sepanjang tahun 1970-1974 di bawah kemudi Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi Pernas. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Malaysia dari 1976 hingga 1984

Oleh kerana pada ketika itu penglibatan bumiputera yang amat rendah di dalam sektor swasta and industri, maka teras objektif-objektif PERNAS adalah:

* untuk masuk ke dalam cabang-cabang perniagaan yang boleh pulangan ekonomi yang tinggi,
* sekiranya terlibat dalam satu gerakerja usahasama (joint ventures), PERNAS akan menjadi pemegang saham terbesar yang mempunyai kuasa pegangan ke atas urusan-urusan operasi syarikat,
* kemasukan tenaga kerja bumiputera berkerja di setiap jabatan dan tahap dalam semua operasi dan peluang perniagaan yang baru, .

Sebanyak 8 subsidari telah diwujudkan di bawah PERNAS untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Malaysia National Insurance Berhad (MNI) ditubuhkan pada April 1970. Kemudian sepanjang tahun 1970, tertubuhnya Pernas Construction Sdn. Bhd., Pernas Engineering Sdn. Bhd., dalam Pernas Securities Sdn. Bhd. Selepas itu pula, penubuhan Pernas Mining Sdn. Bhd dalam tahun 1973 dan Pernas Edar Sdn Bhd (1974).

Di antara usaha-usaha pengambilalihan korporat dan kemasukan ke dalam bidang perniagaan dan industri yang baru ketika penglibatan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi PERNAS adalah

* Insuran - Malaysia National Insurance Berhad,
* Perbankan - Maybank,
* Perlombongan - Syarikat Perlombongan Timah yang besar dunia ketika itu, London Tin Company (kemudiannya ditukarnama kepada Malaysian Mining Corporation). Sekarang ia dikenali sebagai MM Corporation Berhad.
* Pengeluar Minyak Sawit dan Getah - Sime Darby, Guthrie (company) Berhad, Highlands dan Lowlands Berhad.

Delegasi Perdagangan Pertama ke China

Dalam tahun 1971, Tengku Razaleigh telah menerajui satu delegasi perdagangan ke China dengan hasrat untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara.. . Ketika di China, Razaleigh telah berjumpa dengan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai. Total trade with China stood at a mere Walaupun jumlah perdagangan dengan Negara China bernilai RM105.6 sepanjang tahun 1971, namun ia semakin meningkat sehingga mencecah RM1.6 billion pada tahun 1980. Semenjak itu hubungan dengan Negara China semakin akrab dengan terbuktinya kekerapan rombongan-rombongan perubatan, perdagangan dan suka dihantar ke China.
Petronas

Pada 6 September 1974, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet."

Dengan Perlantikan tersebut, Tengku Razaleigh terpaksa meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PERNAS yang telah dipegang sejak 1970, tetapi mengekalkan jawatan sebagai Pengerusi Bank Bank Bumiputra.
Kerjaya politik

Pada tahun 1962, Tengku Razaleigh menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan. Pada tahun berikutan, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO. Tengku Razaleigh menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan pada tahun 1967. Atas jemputan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu, beliau bertanding bagi kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda. Tengku Razaleigh menang dalam pilhan raya tersebut dan menjadi ahli Parlimen pada umur 37 tahun.

Atas permintaaan Tun Abdul Razak pada Pilihan Raya Umum 1974, Tengku Razaleigh bertanding kerusi Parlimen. Sewaktu itu, Majalah Time meramalkan beliau akan menjadi pemimpin utama di Malaysia. Pada zaman Tun Abdul Razak, Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengerusi Pernas, Petronas dan Bank Bumiputera. Sewaktu menjadi pengerusi Pernas, beliau melawat negara China dan merupakan orang Malaysia pertama menemui Perdana Menteri China, Chou En Lai. Seterusnya, Tun Abdul Razak berkunjung ke China. Jadi Tengku merupakan arkitek Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhan Parti Komunis Malaya.

Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Dato Khoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu agar mahir dalam pengurusan bank. Pada Julai 1974, Tengku Razaleigh menjadi Naib Presiden UMNO setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman. Beliau menjadi Naib Presiden UMNO selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.

Pada 5 Mac 1976 hingga Julai 1984, Tengku Razaleigh telah dilantik sebagai Menteri Kewangan dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung oleh RTM. Ketika itu, perkembangan ekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun.Beliau merupakan menteri kewangan kedua dari UMNO selepas Hussein Onn. Beliau merupakan Menteri Kewangan yang paling lama sebelum diambil alih oleh Dato Daim Zainuddin dalam rombakan kabinet pada tahun 1984. Dalam rombakan tersebut, Tengku Razaleigh dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian(MITI).

Pada 24 April 1987, Tengku Razaleigh bersama Dato Musa Hitam mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden Parti UMNO. Malangnya, beliau ditewas 43 undi di tangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Kekalahan tersebut merupakan titik pusing kerjaya politiknya.

Selepas kekalahan ini, Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Datuk Rais Yatim. Semangat 46 bekerjasama dengan PAS dan DAP dalam Pilihan Raya Umum tahun itu tetapi gagal memenangi untuk membentukkan kerajaan. Cuma PAS berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan dan PBS berjaya menguasai kerajaan negeri Sabah. Selepas Semangat 46 dibubarkan 1996, Tengku Razaleigh dan Dato Rais Yatim menyertai UMNO semula.

Pada tahun 2000, beliau menawarkan diri untuk bertanding melawan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden dalam pemilihan parti UMNO namun kuota pencalonan sebanyak 30 peratus tidak mencukupi dari bahagian-bahagian UMNO. Pada masa yang sama, beliau juga cuba mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk jawatan Timbalan Presiden, namun juga gagal atas kuota. Selain itu, beliau juga gagal menepati kuota apabila ingin bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Pada tahun 2004, beliau cuba mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang sebagai Presiden ketika itu, namun hanya bahagian Gua Musang mencalonkannya. Oleh itu beliau gagal menepati kuota.

Sekali lagi pada 2009, setahun selepas Pilihanraya Umum, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan yang sama menentang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mengundurkan diri, kerana keputusan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang merosot. Setakat ini hanya bahagian Gua Musang mencalonkannya.
Penubuhan kerajaan 16 September

Pada 19 Mac 2010, Tengku Razaleigh menafikan tuduhan Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa dia bersedia menyertai pakatan pembangkang untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008. Katanya, dirinya orang UMNO, sudah 48 tahun menjadi ahli dan tidak mungkin terlibat dalam isu Pakatan Rakyat tubuh kerajaan.
Royalti minyak Kelantan

Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan Kelantan berhak mendapat royalti minyak berdasarkan perjanjian yang ditandatangani oleh beliau selaku Pengerusi Petronas ketika itu, dengan Kerajaan Negeri Kelantan . Berlandaskan Akta Kemajuan Petroleum 1974, Pendirian tersebut itu disampaikan semasa berucap pada majlis solat hajat dan ceramah perdana royalti petroleum di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Baharu, Kelantan pada 28 Januari 2010 .Turut hadir ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tengku Razaleigh sebagai orang Kelantan tentu mahu melihat Kelantan mendapat wang royalti minyak itu.

Tengku Razaleigh adalah individu yang bertanggungjawab menandatangani perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri Kelantan pada 1975 di bawah Akta 144 (Akta Kemajuan Petroleum 1974).
Angkatan Amanah Merdeka

Pada 22 Julai 2011, Tengku Razaleigh menubuhkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) dan mendapat sambutan ramai veteran UMNO. Dalam tempoh dua minggu, Amanah diluluskan oleh ROS.

Tengku Razaleigh mendakwa dalam UMNO sudah tiada peluang untuk bersuara. Jika mahu bercakap dalam perhimpunan agung UMNO, perlu mendapat kelulusan pihak atasan. Tun Dr Mahathir Mohamad juga berhadapan masalah sama ,apabila 'disekat' - kalah dalam pemilihan bahagian Kubang Pasu.
Pilihan raya

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Gua Musang , negeri Kelantan. Tengku Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah telah menang dengan mendapat undi sebanyak 14063. Calon lawan ialah Zulkefli Bin Mohamed dari PAS , mendapat 9,669 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 83% . Undi rosak sebanyak 489.
Garis masa
Politik

* 1937: Dilahirkan pada 13 April.
* 1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.
* 1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.
* 1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.
* 1967 (umur 30): Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.
* 1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.
* 1972 (umur 35): Mendapat gelaran "Tan Sri".
* 1974 (umur 37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib Presiden UMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.
* 1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.
* 1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.
* 1987 (umur 50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama dengan Dato Musa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24 April; (2) Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim; (3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.
* 1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.

Korporat

* 1964 : Menjadi Penasihat Indian Overseas Bank.
* 1965 : Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Bank Bumiputra Berhad.
* 1970 : Dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan Bank Bumiputra Berhad.
* 1970 - 1974 : Dilantik sebagai Pengerusi PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad).
* 1971 : Mengetuai delagasi perdagangan pertama Malaysia ke Republik Rakyat China.
* 1974 - 1976 : Dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) - Jawatan Bertaraf Menteri Kabinet [14].
* 1972 - 1982 : Dilantik sebagai Pengerusi Fleet Group.
* 1976 - 1977 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank).
* 1977 - 1978 : Dilantik sebagai Pengerusi Board of Governors, Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monetary Fund).
* 1978 - 1979 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).

Lihat juga

* Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003

Alamat

YBM Tengku Razaleigh Hamzah
No. 31, Jalan Lenggok Golf
55000 Kuala Lumpur
Tel : 03-24885655, 03-2485673

Sejarah Petronas


Petronas, ringkasan nama bagi Petroliam Nasional Berhad, adalah syarikat minyak dan gas Malaysia sepenuhnya telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974. Dimiliki oleh kerajaan Malaysia sepenuhnya, syarikat ini telah mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia dan diamanahkan dengan tanggungjawab membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber tersebut.Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas sebagai sebuah syarikat ke-95 terbesar di dunia pada tahun 2008 dan ke-80 terbesar pada tahun 2009. Ia juga meletakkan Petronas sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan yang paling banyak keuntungan di Asia.

Semenjak diperbadankan, Petronas sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan di dalam 31 negara. Sehingga akhir bulan Mac 2005, Kumpullan Petronas mengandungi 103 milik sendiri subsidiari-subsidiari, 19 syarikat kelengkapan-kelengkapan milik sebahagiannya dan yang dipunyai separuhnya dan 57 syarikat bersekutu. Bersama-sama ini, membuatkan Kumpulan Petronas, yang terlibat di dalam pelbagai aktiviti-aktiviti berasaskan minyak dan gas. Majalah Financial Times telah mengenal pasti Petronas sebagai satu daripada " "seven sisters" yang baru": syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar OECD.

Kumpulan ini tertumpu kepada satu spektrum aktiviti petroleum yang luas, termasuklah eksplorasi huluan dan penghasilan minyak dan gas kepada hiliran penapisan minyak; pemasaran dan pengagihan produk petroleum; perdagangan; pemprosesan gas dan pencecairan; operasi rangkaian penghantaran gas talian paip ; pemasaran gas cecair semulajadi; pengilangan dan pemasaran petrokimia; perkapalan; kejuruteraan automotif; dan pelaburan hartanah.

Menara Berkembar Petronas telah dibuka secara rasminya pada Hari Kemerdekaan Malaysia ke-42, Ogos 31, 1998 - dalam perayaan hari ulang tahun syarikat ke-24.
Isi kandungan

* 1 Sejarah
* 2 Sejarah penemuan petroleum
* 3 Sejarah petroleum di Sabah
* 4 Sejarah petroleum di Semenanjung
* 5 Sebab penubuhan Petronas
* 6 Peranan petroleum
* 7 Prestasi Petronas
o 7.1 Syarikat ke-8 Teruntung Di Dunia
* 8 Penajaan Petronas
o 8.1 Petronas Gas Sdn. Bhd.
* 9 Garis Masa Perjalanan Sejarah Petronas
* 10 Rujukan
* 11 Lihat juga
* 12 Pautan luar

Sejarah

Pada 6 September 1974, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). Tun Razak berkata (terjemahan): "Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet."

Tengku Razaleigh telah mendapat persetujuan dan restu dari Perdana Menteri Malaysia yang ke-2, Tun Abdul Razak dan kabinetnya mengenai usul Akta Kemajuan Petroleum untuk dibawa ke Parlimen.

Pada 1 Oktober 1974, dengan termaktubnya Akta Kemajuan Petroleum, Petronas telah diberi hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan di dalam mengendali dan memajukan sumber petroleum di Malaysia.

Sebelum 1974, operasi petroleum di Malaysia dijalankan oleh syarikat minyak multinasional menerusi sistem konsesi untuk mencarigali petroleum di perairan Sarawak, Sabah dan Terengganu. Antara syarikat-syarikat carigali minyak yang memegang konsesi ialah Shell dan ExxonMobil. Kilang penapisan minyak Shell di Port Dickson dibuka pada tahun 1962. Ketika itu minyak dibeli dari luar negara.
Tengku Razaleigh Hamzah
Raja Mohar bin Raja Badiozaman

Penubuhan perbadanan minyak negara merupakan titik tolak kepada kawalan dan penglibatan negara yang lebih dalam industri petroleum. Antara pengerusi Petronas ialah Raja Mohar bin Raja Badiozaman.

Minyak mula dijumpai di Miri terutama oleh orang Melayu dan Iban di daerah Baram.
[sunting] Sejarah penemuan petroleum

Sejarah minyak di Malaysia bermula dalam abad ke-19. Rakyat Bumiputera di Sabah dan Sarawak telah menyedari wujudnya serapan minyak atau 'minyak tanah' seperti dikenali di setengah-setengah tempat terutamanya di sekitar kampung Miri.

* Julai 1882, Residen British di daerah Baram telah mencatatkan adanya penemuan minyak. Beliau mencatatkan penduduk Melayu tempatan menggunakan minyak untuk tujuan perubatan dan untuk menghidupkan lampu minyak dan juga sebagai campuran damar untuk menampal perahu.

* 1909, syarikat minyak Anglo-Saxon iaitu syarikat asal kepada syarikat Sarawak Shell Berhad hari ini telah diberi hak untuk mengeksploitasi sumber petroleum yang terdapat di seluruh Sarawak.

* Ogos 1910, Minyak dijumpai di Kampung Miri. Pada mulanya, sebanyak 8 tong minyak sehari telah dikeluarkan. Miri dapat dikatakan sebagai tapak bermulanya industri petroleum secara komersial di Malaysia.

* 1929, pengeluaran 29000 tong sehari. Carigali minyak tertumpu di daratan bandar Miri sahaja.

* Tahun 1941-1945, telaga minyak Miri rosak teruk. Pengeluaran gagal dijalankan dan terpaksa ditutup pada Oktober 1972 sehingga ke hari ini.

* 1968, telaga minyak luar pantai yang pertama, West Lutong memulakan pengeluaran. 4000 tong minyak sehari dikeluarkan pada tahun 1968. 4 medan minyak telah diusahakan.

Sejarah petroleum di Sabah

* 1885, Data geologi tanah telah diambil dan menunjukkan adanya potensi petroleum di dasar lautan.
* 1905, Syarikat Eksplorasi British Borneo diberi hak istimewa untuk mengeluarkan segala hasil bumi di Sabah. Walaupun ada penemuan kesan-kesan minyak, tidak ditemui takungan minyak yang boleh dikeluarkan secara besar-besaran.

Mata gerudi yang digunakan bagi melombong minyak.
Sejarah petroleum di Semenanjung

Minyak turut digunakan untuk campuran membuat damar menampal sampan yang bocor Di Terengganu Penduduk kampung menggunakan 'minyak tanah' sebagai minyak panas terutama untuk mengurut bahagian luar yang sakit dan terseliuh. 'Semburan gas minyak' pernah dilaporkan di Bagan Datoh, Perak.

Sebelum 1950-an Jabatan Geologi tidak mendapati minyak terdapat di bahagian daratan Semenanjung Malaysia.

* 1950-an, Kajian eksplorasi mula di lakukan di luar pantai Terengganu. Penemuan minyak di Seria, Brunei mengukuhkan pendapat bahawa minyak memang terdapat di luar pantai Semenanjung Malaysia.

* 1954, Kajian seismik marin pertama dibuat di Sarawak.

Sebab penubuhan Petronas

* 1973 ialah Tahun Larangan Eksport Minyak OPEC .Krisis minyak 1973 menyedarkan kerajaan betapa perlunya mengawal sebuah industri yang mempunyai kepentingan ekonomi.
* 1973 Sejumlah 19 buah medan minyak ditemui di perairan Malaysia. 90,000 tong minyak sehari dikeluarkan.

Peranan petroleum

* Petroleum merupakan sumber tukaran wang asing kepada negara.
* Petroleum merupakan daya penggerak kepada pembangunan negara
* Minyak menjadi nadi kepada pembangunan kawasan setempat seperti di Miri, Sarawak, Kerteh di Terengganu dan Port Dickson di Negeri Sembilan.
* Teknologi dan kepakaran berkaitan petroleum telah dapat dipindahkan ke Malaysia hasil kerjasama dengan syarikat multi nasional dari Belanda, Britain dan Amerika.
* Peluang pekerjaan yang membabitkan jutaan penduduk Malaysia telah dapat diwujudkan.

Prestasi Petronas
Stesen minyak Petronas.

Petronas meraih keuntungan sebelum cukai RM76.3 bilion dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, peningkatan kira-kira 10 peratus daripada RM69.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya. Keuntungan itu diraih daripada pendapatan berjumlah RM184.1 bilion, juga meningkat 10 peratus daripada RM167.4 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, dengan operasi antarabangsa, tidak termasuk pendapatan eksportnya, menyumbang RM67.6 bilion atau kira-kira 40 peratus.

Sumbangan operasi antarabangsa Petronas meningkat 19.4 peratus daripada RM56.6 bilion pada tahun kewangan sebelum ini, sekali gus menunjukkan kehadirannya yang lebih kukuh dalam industri minyak dan gas dunia. Selepas ditolak cukai dan kepentingan minoriti, keuntungan bersih syarikat minyak negara itu adalah RM46.4 bilion, peningkatan 7.7 peratus daripada RM43.1 bilion.Dengan pencapaian itu, jumlah pembayaran Petronas kepada kerajaan dalam tahun kewangan dikaji meningkat kepada RM48.3 bilion daripada RM41.7 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, mewakili 35.4 peratus daripada pendapatan keseluruhan Kerajaan Persekutuan.

Ia adalah dalam bentuk cukai (RM21.8 bilion), dividen (RM16 bilion), royalti (RM8.5 bilion) dan duti eksport (RM2 bilion). Ini menjadikan jumlah pembayarannya kepada kerajaan sejak penubuhannya 33 tahun lalu sebanyak RM336 bilion. Nilai aset Petronas juga terus mengukuh kepada RM294.6 bilion, sementara dana pemegang sahamnya berkembang kepada RM170.9 bilion.
[sunting] Syarikat ke-8 Teruntung Di Dunia

Menurut akhbar Malaysia, Berita Harian bertarikh 11 Julai 2008 yang memetik bahawa PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune. Manakala di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.
Penajaan Petronas

Demi mengukuhkan namanya di persada antarabangsa, Petronas telah menaja pelbagai bidang. Di antaranya adalah di dalam bidang perlumbaan kereta di mana Petronas telah memberikan US$3 juta kepada pasukan Sauber yang diketuai oleh Peter Sauber.
Petronas Gas Sdn. Bhd.

Petronas Gas Bhd. (Petronas Gas) mencatat keuntungan sebelum cukai sebanyak RM345.464 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2007, meningkat dari RM333.814 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Petronas Gas dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, keuntungan sebelum cukai yang tinggi itu adalah hasil daripada kos yang rendah.
Garis Masa Perjalanan Sejarah Petronas

* 1974 Akta Kemajuan Petroliam telah termaktub oleh Kerajaan Malaysia. Petronas ditubuhkan sebagai jentera bagi pihak kerajaan untuk melaksanakan kawalan di samping menyertai secara langsung dalam operasi petroleum dan lain-lain operasi berkaitan. Akta tersebut meletakkan hak kepada Petronas semua sumber-sumber petroleum dalam negara ini.

* 12 Jun 1975 Ibu pejabat Petronas dipindahkan ke Jalan Pudu, Kuala Lumpur

* 1 September 1975 Petronas mula menghantar 358,000 barrel minyak mentah ke Jepun

* 30 November 1976 Petronas berkongsi dengan Sarawak Shell Berhad dan Sabah Shell Petroleum Berhad untuk perkongsian pengeluaran.

* 8 Disember 1976 Petronas bekerjasama dengan Exxon.

* 16 Disember 1977 Petronas mula membekalkan pembekalan minyak kapal terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

* 25 Disember 1977 perkhidmatan pembekalan minyak di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor.

* 6 Disember 1980 Penubuhan Asean Bintulu Fertilizer Sdn Bhd untuk melaksanakan projek baja urea ASEAN (Malaysia)

* 3 Julai 1981 Stesen Servis Petronas yang pertama memulakan operasi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

* 6 Oktober 1981 Petronas memulakan operasi penjualan runcit GPC.

* 22 Disember 1981 Perasmian Depot Penerbangan Petronas di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

* 3 Mac 1982 Penubuhan Petronas Penapisan Sdn Bhd sebuah anak syarikat milik penuh Petronas untuk mengendalikan operasi penapisan

* 6 Jun 1982 Petronas Carigali menemui minyak yang pertama di Dulang Barat di luar pantai Terengganu . Anak syarikat Petronas ini ditubuhkan yang diberi nama Petronas Carigali. Syarikat ini bekerjasama baik dengan syarikat minyak multinasional bagi menjalan kegiatan eksplorasi.

* 9 Julai 1982 Permulaan kerja bagi Projek baja Urea ASEAN (Malaysia) dengan penawaran kontrak untama untuk pembinaan loji tersebut.

* 5 Ogos 1982 Penubuhan Petronas Dagangan Sdn Bhd , anak syarikat Petronas yang menjalankan aktiviti pemasaran dalam negeri

* 21 Oktober 1982 Alat kemudahan autogas Petronas yang pertama dipasang di stesen servis Taman Tun Dr Ismail

* 11 November 1982 Petronas menandatangani Perjanjian perkongsian Pengeluaran Dengan Elf Aquitaine

* 1 Januari 1983 Loji Malaysia LNG di Bintulu , Sarawak memukan pengeluaran dengan mencecairkan gas asli dari medan-medan di Central Lucoia di luar pantai Sarawak untuk dieksport.

* 6 Januari 1983 Pelancaran Parameswara, pelantar penggerudi pertama milikan Petronas.

* 29 Januari 1983 Angkutan pertama sebanyak 57,000 tan metrik GAC ke Jepun dari Loji LNG di Bintulu.

* 29 Januari 1983 Petronas Marine Sdn Bhd ditubuhkan sebagai sebuah anak sayarikat milik penuh Petronas yang ditugas untuk mengedalikan pelantar penggerudi yang meningkat sendiri.

* 1 Mac 1983 Projek Penggunaan Gas Semenajung mula dilaksanakan dengan penandatangani kontrak yang pertama.

* 9 Mac 1983 Loji Penapis Minyak Terengganu di Kerteh yang pertama milikan negara, memulakan operasi

* 7 April 1983 Pemunggahan pertama nafta dari Loji Penapis Minyak Terengganu ke Jepun dilakukan

* 23 Mei 1983 Petronas Gas Sdn Bhd ditubuhkan untuk mengendalikan operasi gas

* 31 Oktober 1983 Institut Latihan Perindustrian Petroleum di Batu Rakit mengambil kumpulan pertama pelajarnya.

* 17 Januari 1984 Loji Pengisian GPC pertama Petronas dirasmikan di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

* 2 Mac 1984 Petronas menadatangani Perjanjian Perkhidmatan Perundingan bagi Peringkat II Projek Penggunaan Gas Semenanjung (PGU) yang melibatkan pemasangan saluran paip bagi penyaluran gas.

* 14 April 1984 Projek Pembangunan Gas Duyong yang dijalankan oleh Petronas Carigali Sdn Bhd siap dengan pendaratan pertama gas asli ke pantai di Kerteh, Terengganu untuk memenuhi keperluan projek PGU.

* 14 Jun 1984 Petronas Carigali Sdn Bhd mengumumkan penemuan medan minyak baru, Malong dikawasan kaji bumi yang dikenali sebagai Arca Tenggol, kira-kira 140 kilometer dari pinggir pantai Terengganu.

Sejarah Toyota


Toyota Motor Corporation (TMC) (dalam bahasa Jepun: トヨタ自動車株式会社) adalah sebuah pengeluar kenderaan antarabangsa dari Jepun yang diasaskan oleh Kiichiri Toyoda pada tahun 1937. Syarikat ini telah menjadi pengeluar kereta terbesar dunia mengalahkan General Motor dari Amerika Syarikat. Beberapa syarikat automotif bernaung di bawah Toyota iaitu Daihatsu, Lexus, dan Hino. Toyota menubuhkan sebuah pasukan Formula Satu yang dinamakan Panasonic Toyota Racing.
Kiichiro Toyoda Image.jpg
[sunting] Penarikan balik

Pada akhir 2009 – awal 2010, 8.5 juta kereta Toyota di seluruh dunia termasuk 1.3 juta di Amerika Utara ditarik balik terutama jenama Toyota Prius. Puncanya ialah pecutan tidak disengajakan akibat pedal minyak melekat pada alas lantai,[1] pepijat perisian ABS[2] dan kebocoran dari hos minyak VVT-i,[1] yang mana ia akan menyebabkan bunyi bising tidak normal pada enjin dan lampu penunjuk tekanan minyak akan menyala. Toyota Motor Corp secara sukarela akan membaiki kebocoran minyak enjin itu, pedal minyak dan brek.

Presiden Toyota Motor Corp, Akio Toyoda akan memberi keterangan kepada Kongres Amerika Syarikat pada Mac 2010.[1]

Setakat 28 Januari 2010, 37 kematian dilaporkan dikatakan akibat masalah pedal memecut ini.[3]

Saturday 18 February 2012

dzakwan da besar...

raya 2011




kali pertama beraya sebagai suami isteri & juga sebagai papa & mama...

Tempat Menarik di Melaka





memorial kemerdekaan juga amt dekat dengan kota a famosa

istana melaka...bersebelahan kota a famosa

pemandangan dari atas di kawasan banda hilir melaka pada waktu malam...
tempat yg sesuai untul lepak2...
ada McD.Mahkota Parade.Dataran Pahlawan Megamall(GSC,Careffour & banyak lagi)


Melaka International Bowling Centre
Tempat yg bgs utk mereka yg meminati bowling terdapat 52 lane utk sebarang aktiviti dan kejohanan.....

Tony Fernandes


Anthony Francis Fernandes (dilahirkan: 1964; nama pendeknya: Tony Fernandes) ialah pengasas "Tune Air Sdn Bhd", dan usahawan yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya, "Semua mampu naik kapal terbang". Fernandes mencapai kemasyhuran sewaktu dia memulihkan AirAsia daripada sebuah syarikat penerbangan yang sakit kepada sebuah syarikat awam yang cemerlang. Fernandes juga dikenali untuk peranannya dalam pencapaian Persetujuan-persetujuan Langit Terbuka dengan negara Thailand, Indonesia dan Singapura, apabila dia meminta bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad berbuat demikian pada pertengahan tahun 2003. Atas permintaan tersebut, negara-negara tersebut telah bersetuju memberi hak pendaratan kepada AirAsia dan syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.


Fernandez ialah seorang bangsa Goa bercampuran Portugis Melaka yang dilahirkan di Kuala Lumpur, Malaysia. Ibubapanya ialah Dr. Stephen Edward Fernandes (meninggal), dan Ena Dorothy Fernandes. Pada masa muda lagi, dia sentiasa mengikut ibunya, seorang peniaga, ke himpunan penebar dan konvensi Tupperware. Selepas mendapat ijazah universiti daripada London School of Economics pada tahun 1987, dia bekerja sebentar dengan Virgin Airlines sebagai juruaudit, dan seterusnya dari tahun 1987 sehingga tahun 1989, dia menjadi pengawal kewangan kepada Virgin Records, sebuah syarikat Richard Branson di London.

Sewaktu kembali ke Malaysia pada umur 27, dia menjadi pengarah urusan yang termuda di Warner Music (Malaysia) Sdn Bhd. Selanjutnya dari tahun 1992 sehingga 2001, dia menjadi naib presiden Wilayah Asia Tenggara Selatan bagi Kumpulan Warner Music. Pada masa Time Warner Inc. bergabung dengan America Online, Fernandes meninggalkan syarikatnya bagi mengejarkan impiannya untuk menubuhkan sebuah syarikat penerbangan tambang rendah. Malangnya, permohonan lesennya ditolak oleh kerajaan Malaysia.


Adalah melalui Datuk Pahamin A. Rajah, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Fernandes mendapat peluang bertemu dengan Dr. Mahathir pada Oktober, 2001. Semasa itu, AirAsia, sebuah anak syarikat yang ditubuhkan oleh DRB-Hicom, sebuah konglemerat kerajaan Malaysia, telah mengalami kesulitan disebabkan tanggungan hutang yang terlalu tinggi. Kerajaan telah mencuba menjualnya kepada pelabur-pelabur tanpa apa-apa kejayaan. Oleh sebab itu, Dr. Mahathir telah menasihati Fernandes supaya membeli syarikat penerbangannya yang sedia ada, baik daripada menubuhkannya sendiri. Seterusnya, Fernandes memajak rumah dan menggunakan keseluruhan wang simpanannya untuk membeli syarikat tersebut dengan harga seringgit. Syarikat AirAsia pada masa itu mempunyai dua buah kapal terbang Boeing yang berumur, dan hutang sebanyak RM40 juta.

Peristiwa pembelian itu pada masa selepas 11hb September, 2001, suatu tempoh masa yang paling teruk dalam sejarah perindustrian penerbangan perdagangan, menyebabkan orang ramai berpendapat bahawa Fernandes telah menjadi "gila" kerana tiada ramai orang pada masa itu yang berani lagi menaiki kapal terbang. Mereka juga meramalkan bahawa syarikat AirAsia akan menjadi muflis. Walaubagaimanapun, selepas setahun, AirAsia mampu menjelaskan keseluruhan hutangnya, dan tidak lagi mengalami kerugian. Penyusunan semula organisasi AirAsia dengan imej dan konsep yang baru membawa perubahan yang besar dan memperoleh keuntungan dalam tempoh masa yang pendek. Tawaran sahamnya (IPO) pada November 2004 menerima kelebihan permintaan sebanyak 130 peratus.

Fernandes berasa bahawa masa yang dipilihnya untuk membeli syarikat AirAsia adalah tepat. Semenjak 11hb September, 2001, sewa kapal terbang telah menurun 40 peratus. Tambahan lagi, ramai pekerja yang berpengalaman boleh didapati pada masa itu, disebabkan pemberhentian pekerja di perindustrian penerbangan. Fernandes juga percaya bahawa penumpang Malaysia akan menyambut tambang penerbangan rendah supaya mengurangkan masa dan kos, terutamanya, dalam keadaan ekonomi yang ketat. Oleh sebab itu, dia meniru sistem Ryanair (Ryanair yang juga meniru sistemnya itu daripada Southwest Airlines di Amerika Syarikat), sebuah syarikat penerbangan Ireland yang paling berjaya di dunia. Ferdandes membilang bahawa 50 peratus daripada pelanggan kapal terbang tambang rendah adalah penumpang kapal terbang kali pertama. Sebelum AirAsia bermula tambang penerbangan rendah, Ferdandes mengira bahawa cuma 6 peratus daripada penduduk Malaysia yang pernah menaikki kapal terbang.


Pencapaian Fernandes yang terbesar ialah pemulihan syarikat AirAsia sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa. Sebelum dia memasuki perindustrian ini, negara-negara di Wilayah Asia Tenggara Selatan tidak mempunyai sebarang persetujuan Langit Terbuka. Pada pertengahan tahun 2003, Fernandes telah meminta Dr Mahathir untuk mengemukakan cadangan persetujuan itu kepada negara Thailand, Indonesia dan Singapura. Atas permintaanya, dia mencapai kejayaaan dalam mendapat hak pendaratan, bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk syarikat-syarikat penerbangan tambang rendah yang lain.

Ferdandes juga berjaya merevolusikan perindustrian penerbangan serantau melalui penerbangan tambang rendah. Sekarang, terdapat beberapa syarikat penerbangan tambang rendah di wilayah ini, iaitu:

* Tiger Airways, sebuah syarikat Singapura yang dimiliki oleh Singapore Airlines;
* Penggabungan syarikat Valuair dari Singapura, dengan JetStar yang dimiliki oleh Qantas Airways dari Australia;
* Nok Air, sebuah syarikat Thailand; dan
* Lion Air, sebuah syarikat Indonesia.

Fernandes telah menerima banyak anugerah, termasuknya:

* "Siri Pengkhayal-Pengkhayal dan Kepimpinan" (Visionaries & Leadership Series) oleh International Herald Tribune, sebuah syarikat suratkhabar di Amerika Syarikat, bagi kerjanya yang cemerlang di syarikat AirAsia;
* "Ketua Syarikat Malaysia bagi Tahun 2003" (Malaysian CEO of the Year 2003) pada Disember, 2003 — sejenis anugerah tertinggi yang sehingga kini, hanya diberikan kepada sembilan pengusaha di Malaysia oleh American Express dan Business Times. Anugerah ini diberikan kepada Fernandes bagi mengakui prestasi pengusahaan dan kemahiran pengurusannya di kalangan pemimpin-pemimpin syarikat-syarikat Malaysia;
* "Pengusaha Baru Malaysia Yang Terutama Bagi Tahun 2003" (Emerging Entrepreneur of the Year - Malaysia 2003) pada tahun 2004;
* "25 Bintang Asia" (25 Stars of Asia) oleh Business Week pada tahun 2005.

Petrov sertai pasukan Caterham F1 milik Fernandes


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pasukan Caterham F1 melantik Vitaly Petrov sebagai pelumba pasukan dengan serta-merta bagi menggantikan pelumba Jarno Trulli.

Pelumba Rusia itu itu berada di kilang pasukan milik Datuk Seri Tony Fernandes di Hingham semalam untuk menempah ukuran saiz kerusi kenderaan yang sesuai menjelang ujian pertama bersama pasukan itu pada sesi ujian pra musim di Barcelona Selasa ini.

"Apabila kami bertemu Petrov, kami amat jelas bahawa beliau memahami dan berkongsi visi kami untuk mencari jalan bagi memajukan pasukan,” kata Fernandes, dalam satu kenyataan di sini semalam.

"Sebagi warga Rusia pertama berlumba dalam F1, beliau mendukung harapan besar sebuah negara dengan mudah dan dengan kemahiran dan pengalaman, beliau dapat memainkan peranan dalam pembangunan kami supaya dapat setanding dengan pasukan lain yang mantap,” katanya.

Fernandes juga turut mengucapkan terima kasih kepada Truli atas peranan pentingnya dalam penubuhan pasukan dan kemajuan yang dicapai sejak menyertai mereka pada Disember 2009.

Petrov berkata, beliau telah memulakan latihan keras sepanjang musim sejuk dan sudah bersedia untuk membawa cabaran serta tidak sabar untuk menguji kereta ketika di Barcelona minggu depan.