Saturday 18 February 2012

Petrov sertai pasukan Caterham F1 milik Fernandes


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Pasukan Caterham F1 melantik Vitaly Petrov sebagai pelumba pasukan dengan serta-merta bagi menggantikan pelumba Jarno Trulli.

Pelumba Rusia itu itu berada di kilang pasukan milik Datuk Seri Tony Fernandes di Hingham semalam untuk menempah ukuran saiz kerusi kenderaan yang sesuai menjelang ujian pertama bersama pasukan itu pada sesi ujian pra musim di Barcelona Selasa ini.

"Apabila kami bertemu Petrov, kami amat jelas bahawa beliau memahami dan berkongsi visi kami untuk mencari jalan bagi memajukan pasukan,” kata Fernandes, dalam satu kenyataan di sini semalam.

"Sebagi warga Rusia pertama berlumba dalam F1, beliau mendukung harapan besar sebuah negara dengan mudah dan dengan kemahiran dan pengalaman, beliau dapat memainkan peranan dalam pembangunan kami supaya dapat setanding dengan pasukan lain yang mantap,” katanya.

Fernandes juga turut mengucapkan terima kasih kepada Truli atas peranan pentingnya dalam penubuhan pasukan dan kemajuan yang dicapai sejak menyertai mereka pada Disember 2009.

Petrov berkata, beliau telah memulakan latihan keras sepanjang musim sejuk dan sudah bersedia untuk membawa cabaran serta tidak sabar untuk menguji kereta ketika di Barcelona minggu depan.

No comments:

Post a Comment